Thursday, December 15, 2011

Selamat Hari Lahir Syafiq

Syafiq dan Abah dgn kucing2 yg montel2 macam tuan2nya..;-)
Semalam dh sambut birthdays Boy di Citta Ara Damansara...Abah dan Umi dh ucapakan tapi hari nie Umi nak ucapkan di Blog Umi pula...Selamat Hari Lahir Syafiq ..Hari nie genaplah  Syafiq dh 15 tahun..Umi doakan Syafiq menjadi anak yg soleh dan lebih beriman dan berilmu...semoga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat...Umi ingat lagi sewaktu Syafiq di lahir kan di hospital Pantai  dan coretan dari Abah ini lebih meingatkan umi.

Tarkh 15/12/1996, kira2 pukul 11 malam Umi merasa sakit perut lalu Abah mencapai Beg yg telah sedia standby...memang masa tu Umi dah terlebih due. Setelah meninggalkan pesan pada Tok Long (al fatihah utk arwah) untuk menjaga kakak, Abah membawa Umi ke Hospital Pantai Bangsar menaiki kereta Proton Saga QMA 5551 meredah keheningan malam. Umi terus dimasukkan ke Labor Room.

Sambil menunggu kehadiran Dato Dr Nor Ashikin, Abah berbual2 dengan Umi. Tergambar jelas diwajah Umi keiklasannya menanggung resiko untuk melahirkan Zuriat yg diamanahkan oleh Allah.
Kira2 jam 4 pagi Umi merasakan perutnya semakin sakit dan bersedia untuk melahirkan, abah lalu menghubungi jururawat melaporkan keadaan Umi. Setelah pemeriksaan jururawat menyuruh Umi tahan dulu hingga Dr sampai. Abah menjadi cemas melihat Umi agak gelisah menahan sakit. Kira2 pukul 5 lebih pagi Dr Norashikin sampai dan segera membantu Umi bersalin dan akhirnya lahirlah seorang bayi lelaki, tapi tidak bersuara dan bergerak, Abah menjadi begitu cemas hanya mampu berdoa dan melihat Dr dan Jururawat memasukkan tuib kedalam mulut bayi tersebut dan di pam....dan sejurus selepas itu terdengarlah tangisan yg nyaring oleh bayi tersebut yang bernama MUHAMMAD SYAFIQ Bin NOORHISHAM Tarikh 16/12/1996 hari pertama Syafiq hidup di Dunia.
Setelah dibersihkan dan ditimbang, jururawat itu berkata "Congratulation! healty 3.7kg baby boy" dan menyerahkan Syafiq kepada Abah. 

Abah lalu mengazankan ditelinga kanan dan Iqamah ke telinga kiri Syafiq, Syafiq kelihatan selesa, membuka mata dan merenung mata Abah, Abah tidak dapat menahan air mata kerana terharu dan gembira. Setelah itu Abah menyerahkan Syafiq kepada Umi, lalu Umi terus meyusui Syafiq.....itu lah makanan pertama Syafiq di Dunia air susu ibu yg suci. Abah keluar bersolat subuh dan setelah itu bersyukur terhadap zuriat yang telah dikurniakan dan juga berdoa kepada Allah supaya Syafiq membesar menjadi seorang manusia yg beriman dan berguna.

Abah kembali kepada Umi, Syafiq terlena dalam dakapan Umi setelah kekenyangan. Umi tak putus2 mencium Syafiq sambil airmata berlinangan. Abah tahu Umi sangat gembira walau terpaksa menjalani proses yang sakit semasa melahirkan Syafiq.....Masyallah itulah pengorbanan seorang Ibu yg beban tersebut tak mungkin dapat ditanggung oleh seorang bapa, sebab itu Allah amat memuliakan kaum Ibu hingga Allah letakkan syurga ditelapak kaki Ibu. Syafiq jagalah Umi hingga akhir hayat.
Setelah siang abah membawa tok long dan kakak ke hospital, Abah kata "Kakak ini adik kakak" kakak ketika itu baru berusia 1thn 2bln belum tahu apa2, tapi Abah yakin Allah telah campakkan rasa kasih sayang terhadap Syafiq, ini terbukti apabila kakak menangis sambil menunjuk kearah Syafiq ketika dibawa oleh jururawat untuk pemeriksaan.

Masa cepat berlalu dan hari ini Syafiq telah selesai menduduki peperiksaan PMR, Syafiq dah 15thn. Abah berdoa semoga Syafiq memperolehi keputusan yg cemerlang, Abah tahu Syafiq dah lakukan yg terbaik semoga Syafiq menjadi Insan yg berguna pada Islam dan masyarakat.

Syafiq.... nukilan Abah ini hendak menceritakan tentang cinta, kasih, sayang antara anak dan ibu/bapa, suami dan isteri dan adik dan kakak. Perasaan itu adalah fitrah yang secara automatis Allah lahirkan dalam hati masing2..........Tetapi cinta/kasih /sayang/Redho pada ALLAH/RASUL/ISLAM perlu dibina berasaskan ilmu yg benar, barulah berlaku proses interaksi dengan SYAHADATAIN dan ia menjadi syarat mendapat keredhaan ALLAH untuk megambil tempat di Syurga.

Syafiq berpegaglah pada syahadah mu biarpun sampai tercabut nyawa dari badan. Apa yang Abah & Umi harapkan hanyalah doa anak2 soleh/solehah ketika kami telah tiada nanti..........................Dunia hanya Sementara yg kekal abadi adalah akhirat dan amatlah rugi Dunia yg sementara ini kita utamakan melebihi Akhirat yg berkekalan............Wallahhuaqlam

Resepi Sup Ketam



Petua utk demam denggi- Baru teringat 2 tahun lepas adik ipar masud wad di syaki denggi dan maknye masakan sup ketam nie..dan di bagi tahu boleh mempercepatakan proses pemulihan.nie resepi sup tu.


4 ekor ketam – dibukak cengkerang atas dibersihkan dan potong 2
(bahagian jejari ketam tu kita boleh ketuk2 dengan lesung, senang nak makan nanti)
3cm halia – hiris halus
4 ulas bawang putih – ditumbuk halus
5 ulas bawang merah – ditumbuk halus
1 sudu teh lada hitam – ditumbuk halus
Rempah tumis 4 beradik (kulit kayu manis + bunga lawang + cengkih + buah pelaga)
Karet – potong ikut suka
Batang Celery – dihirs menyerong
Cendawan Shitake – direndam seketika, bersih dan hiriskan.
Serbuk Knor Pasti Sedap- diganti dengan HILAL lebih sedap.
Garam secukup rasa
Air – untuk kuah sup
Hirisan daun bawang
Minyak untuk menumis
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah 4 beradik bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau dan kekuningan.Masukkan air ikut banyak mana yang kita mahu.
Setelah air mendidih, masukkan batang celery,karet atau boleh tambah kentang jika suka.Setelah sayur agak layu, masukkan cendawan shitake dan baru masukkan ketam.
Masukkan perencah hilal ., garam secukup rasa dan renehkan seketika sehingga ketam masak sepenuhnya.Angkat Sup Ketam kedalam mangkuk, taburkan hirisan daun bawang.Siap untuk dinikmati panas-panas, nyumm..nyumm!

Wednesday, December 14, 2011

Kisah Bidadari Ainaa’ ul Mardhiyah.



cahaya ilahi 717 l3 Kisah Bidadari Ainaa’ ul Mardhiyah.
Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdul Wahid bin Zaid: “Pada suatu hari ketika kami di dalam satu majlis persiapan untuk pergi berjihad, aku memerintahkan kawan-kawanku untuk mula keluar ke medan peperangan pada hari Isnin, lalu seorang dari kami membaca ayat 11 surah Attaubah yang bermaksud: “Sungguh Allah SWT telah membeli dari kaum Mukminin jiwa dan harta mereka dengan dibayar syurga”.
Di dalam majlis itu ada seorang pemuda yang berumur 15 tahun. Beliau yang baru kematian bapanya telah menerima harta waris yang banyak telah berkata: “Ya Abdul Wahid, aku bersaksikan padamu untuk menjualkan diri dan hartaku untuk mendapatkan syurga itu”. Aku berkata padanya: “Sungguh berat untuk menghadapi tajamnya pedang itu sedangkan kamu masih kanak-kanak, aku takut kamu tidak tabah, juga tidak sabar untuk menghadapinya sehingga tidak kuat meneruskan penjualan itu”. Pemuda itu lantas berkata: ” Wahai Abdul Wahid, apakah aku akan lemah kalau aku menjualkan diriku pada Allah SWT? Aku persaksikan padamu sekali lagi bahawa aku telah menjualkan diriku pada Allah SWT. Kami tidak merasakan anak kecil tidak boleh berbuat demikian”. Maka pemuda itu menyerahkan semua hartanya yang ada kecuali pedang, kuda dan sedikit bekalan untuk ke medan peperangan.
Bila tiba hari Isnin, beliaulah orang yang pertama sampai untuk berangkat ke perbatasan dan mengucap salam kepada ku: “Assalamualaikum ya Abdul Wahid” Aku menjawab: “Wa alaikassalam warahmat Allah wabarakaatuh. Semoga Allah SWT memberi keuntungan dalam jualanmu itu.”
Ketika perjalanan, pemuda itu berpuasa di siang hari dan bangun sembahyang serta menjaga keselamatan kami di waktu malam. Beliau jugalah yang menjaga ternakan yang kami bawa sambil melayani keperluan kami di siang hari. Ketika sampai di sempadan negeri Rum, tiba-tiba pada suatu hari selepas waktu Asar, pemuda itu datang meluru sambil menyeru: “Alangkah rindunya aku akan Ainaa’ ul Mardhiyah”. Ramai di antara kami menyangka pemuda itu mengalami ganguan saraf ingatan.
Lalu aku menyambut kedatangannya seraya bertanya: “Wahai kesayanganku, apakah itu Ainaa’ ul Mardhiyah?” Lantas beliau menjawab: “Tadi aku tertidur sebentar. Aku bermimpi seseorang datang kepadaku seraya berkata, mari aku bawa kamu bertemu Ainaa’ ul Mardhiyah. Aku dibawa ke satu taman yang sangat cantik. Di situ ada sungai yang airnya sangat jernih. Aku melihat ramai gadis yang kecantikan mereka tidak dapat aku gambarkan, lengkap dengan perhiasan sedang bermain di taman itu. Apabila mereka menyedari kehadiranku, dengan wajah teramat gembira mereka berkata Demi Allah, itulah suami Ainaa’ ul Mardhiyah. Lantas aku memberikan salam kepada mereka, Assalamualaikunna, apakah di sini tempat Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab salamku dan berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, majulah kamu ke depan lagi.”
Pemuda itu meneruskan ceritanya: “Akupun meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu taman yang ada sungai susu yang tidak berubah rasa. Kehadiranku disambut oleh sekumpulan gadis yang lebih cantik dari yang pernah ku lihat sebelum mereka. Mereka berkata, Demi Allah lihatlah, suami Ainaa’ ul Mardhiyah sudah sampai. Akupun mengucapkan salam kepada mereka lantas bertanya, apakah ada di antara kamu ini Ainaa’ ul Mardhiyah? Sesudah menjawab salamku mereka berkata yang mereka adalah budak serta pelayan-pelayan Ainaa’ ul Mardhiyah. Mereka meminta agar aku meneruskan perjalananku.”
Pemuda itu berkata lagi: “Aku meneruskan perjalananku sehingga sampai ke satu lembah yang ada sungai khamar pula. Di situ ramai gadis sedang bersuka ria, yang mana mereka lebih cantik sehingga menyebabkan aku lupa akan kecantikan gadis yang aku lihat sebelum mereka. Akupun mengucap Assalamualaikunna, apakah ada pada kamu Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka juga berkata tidak, kami hanyalah budak dan pelayannya, teruskan perjalanan kamu ke hadapan.”
Pemuda itu menyambung cerita: “Tiba-tiba aku bertemu pula dengan sungai madu di dalam satu kebun. Ku lihat kebun itu dipenuhi dengan ramai gadis yang bagaikan cahaya dalam kecantikan mereka. Aku mengucap Assalamualaikunna, apakah di sini ada Ainaa’ ul Mardhiyah? Mereka menjawab Ya Wali Allah, kami hanyalah budak serta pelayannya sahaja. Majulah kamu ke hadapan”.
Pemuda itu mengakhirkan cerita: “Akupun meneruskan perjalanan. Tiba-tiba aku sampai pada satu kemah yang diperbuat dari permata yang berlubang. Ku lihat ada seorang gadis yang lebih cantik dari sebelumnya sedang menjaga pintu kemah tersebut. Setelah ia melihat akan kehadiranku, dengan nada gembira ia berseru, wahai Ainaa’ ul Mardhiyah, suami kamu sudah sampai. Dengan rasa penuh rindu, akupun meluru masuk ke dalam kemah berkenaan. Di dalam kemah itu ada satu tempat tidur yang diperbuat dari emas yang bertaburan permata yakut serta berlian. Sungguh aku terpesona bila ku lihat akan kehadiran seorang gadis yang sangat cantik rupawan, menatap aku dalam senyuman duduk di atas tempat tidur berkenaan. Dengan alunan suara merdu ia menyambut aku dengan kalimat, Marhaban bi waliyir Rahman, sudah terlalu hampir saat pertemuan kita. Aku ingin mendakapnya. Tapi Ainaa’ ul Mardhiyah lantas berkata kepadaku, sabarlah dahulu wahai kekandaku kerana belum tiba masanya, kamukan masih hidup di alam dunia. Nanti bila malam kamu akan berbuka puasa di sini InsyaAllah. Kemudian akupun tersedar dari tidurku. Wahai Abdul Wahid, aku rasa tidak sabar lagi…”
Abdul Wahid berkata: “Belum sempat pemuda itu menghabiskan ceritanya, tiba-tiba kami diserang oleh pasukan musuh. Bersama pemuda itu kami melakukan serangan balas terhadap pasukan musuh berkenaan. Setelah ia berjaya membunuh sembilan orang kafir, akhirnya ku lihat pemuda itu rebah Akupun segera pergi ke arahnya. Dalam keadaan tubuhnya yang berlumuran darah, ku lihat pemuda itu dalam keadaan tersenyum sehinggalah ia meninggal dunia.”
Wallahu’alam.